Tuesday, December 29, 2009

Nurraimi Bt. Wahid

Nurraimi ni adik perempuan aku. Usianya 10 tahun lebih muda daripada aku. Ohh.. bertambah tua lagi aku rasa diri aku ni. Sebab dia pun sekarang dah besar panjang. Dia anak bongsu dalam keluarga aku. Dia kamceng dengan rahim (abang di atas emi) walaupun rahim ni agak garang. hehehe..

Emi ni pada aku, dia rajin, ringan tulang, baik, selumber, cantik, merendah diri dan paling aku respek ialah dia seorang yang pandai berdikari. Banyak perkara yang hendak dilakukan, dia mampu lakukan tanpa perlu pertolongan dari orang lain.

Dia agak manja skit, biasalah anak bongsu. Dia juga agak rapat dengan abah aku, dengan aku bukan xrapat, cuma beza umur kami 10 tahun membuatkan gurauan kami berbeza.

Seingat aku, aku tak pernah rasa nak marah emi. Habis kuat pun aku tegur cara baik jika emi buat perkara yang aku xsuka.

Harapan aku, adik aku yang sorang ni berjaya dalam dunia dan akhirat.

Tahun Baru


Diam tak diam lagi dua hari untuk ke tahun 2010, Pelbagai kenangan pahit manis di 2009 akan menjadi kenangan. Azam tahun baru?... Azam aku pada tahun baru sama macam tahun2 yang lepas. Cuba menjadi yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Aku harap di tahun 2010 ni, aku akan lebih berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. Aku akan cuba perbaiki kelemahan2 diri. Jangan banyak tinggal sembahyang. Itu yang paling utama. Semoga allah menetapkan iman aku, bukakan pintu hati aku ke jalan allah. Aku kadang2 lalai dan leka dengan duniawi.

Umur makin meningkat, kita xsedar kita makin tua, tapi bila aku lihat anak2 aku makin membesar baru aku perasan, oohh.. aku ni dah tua. hehehe.. Aku bukan xpuas dengan apa yang aku kecapi sekarang. Malah aku amat bersyukur. Cuma aku nak meninggkatkan pencapaian diri aku semaksimum yang boleh. Insyaallah.

Monday, December 14, 2009

Abdul Rahim @ Rahman Rahim


Abdul Rahim @ Rahman Rahim adalah adik lelaki aku. Aku kamceng dengan dia, banyak perkara yang kitaorang lakukan bersama. Aku boleh berbual dengan dia berjam-jam lamanya. Kerana banyak peristiwa yang kami kongsi bersama. Susah senang, suka duka, pahit maung kami sama-sama harungi. Beza umur kami hanya 2 tahun. Bermakna dia muda lagi la daripada aku.

Salah satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ialah, kami pegi ke sekolah menaiki motosikal yang dibelikan oleh abah aku. Honda Rider 150cc. Orang muda sekarang mungkin tak berapa mengenali motosikal tersebut. Setiap pagi kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Motosikal tersebut aku yang pandu sebab rahim xder lesen. Sampai satu selekoh yang kami gemari, aku akan koner baring dan di support oleh rahim yang membonceng dibelakang. "ok rahim, tengok ada keluar api tak dekat stand" rahim pun mengganguk "ada, ada" tiba tiba motor tersebut tergelincir, maka meniarap la kami di jalan raya tersebut. Habis koyak seluar sekolah rahim di bahagian lutut dan dia mengalami luka kecil, manakala saya tak apa-apa. Kami cepat-cepat bangun dan mengangkat motosikal. Di atas motor kami ketawa terbahak-bahak mengenang kejadian yang telah berlaku tadi.

Sejak hari itu aku dah tak berani koner baring sebab takut terbaring..



Moral : Berhati-hati dijalan raya.






Sunday, December 13, 2009

Kamera DSLR

Cuti sekolah baru-baru ni, ipar aku melangsungkan perkahwinan. Aku sebagai saudara mara terdekat dan duduk dekat dengan rumah mak mertua adalah menjadi kewajiban menghadirkan diri dari A to Z majlis tersebut.
Lepas sibuk2 buat kerja apa yang patut, aku berehat sekejap di rumah jiran mak mertua aku selang sebuah rumah. Nama tuan rumahnya Oky. Sembang punya sembang, si oky sudah bawak keluar dia punya dslr nikon D90. Kebetulan lagi setengah jam pengantin nak sampai. Dia pulak bagi aku cuba dslr nikon D90 tu. Aku pun apa lagi, snap sana, snap sini mengalahkan jurufoto yang telah diupah oleh pengantin.

Sebelum ni aku cuma pakai kamera digital biasa jer. Tak terfikir langsung nak pakai dslr. Dengan kamera dslr nikon D90 oky tu, aku berjaya tangkap gambar yang cantik2. Sedangkan aku tak pernah ikut kursus fotographer. Aku agak kagum dengan kebolehan kamera dslr tu. Gambar yang aku hasilkan hari itu mendapat pujian kaum keluarga bila mereka lihat hasil pada malam harinya.

2, 3 hari lepas tu aku mula la jalan dekat kedai gambar untuk tengok kamera-kamera ni. Harganya bermula RM2000 - puluhan ribu ringgit itu belum masuk lense. Lense 18mm - 200mm jer dah RM3000. Mahalnyer.. Aku ingat nak sambar satu, tapi yang entry level la. Lagi pun sebagai hobi je. Insyaallah..

Gitar




Aku juga telah mula dengan hobi baru iaitu bermain gitar. Masa sekolah dulu dah start main gitar tapi tak begitu serius sebab gitar pun ada satu je itu pun adik aku punya. Kena berebut dengan adik aku yang bernama Rahim tu. Biasa la aku sebagai abang kena la mengalah dan gitar tu pun dia yang beli, so aku tak boleh la nak lebih-lebih. hehehe..

Sebulan lalu aku sambar sebuah gitar akustik dan sebuah buku belajar gitar atas nasihat Rahim dan member-member aku yang boleh le petik gitar sikit-sikit tu. Gitar yang aku beli agak mahal jugak la bagi aku, brand Ibanez. Bak kata orang tua-tua, Menang membeli alah memakai. Tak padan dengan kemahiran aku memetik gitar yang tak beberapa nak reti ni. Tapi demi kepuasan, aku beli jugak. Setakat ni aku berpuas hati dengan hobi bermain gitar ni dan aku akan terus praktis dan praktis sehingga aku dapat memetiknya dengan baik.






Thursday, December 10, 2009

Hidup

Hidup adalah ibarat satu perjalanan. Adakalanya kita perlu terus meneruskan perjalanan dan adakalanya kita perlu berhenti seketika untuk memperbetulkan arah perjalanan hidup kita.